.jpg)
Katakan jika seorang cikgu berkata, warna terung itu ungu, maka setiap kali anak muridnya ternampak terung, maka mereka akan fikir itu adalah warna ungu. Jarang sekali jika mereka mempersoalkan seperti, "kenapa terung itu mesti berwarna ungu dan bukan berwarna kuning?", adalah kerana proses penterjemahan data dalam otak faham bahawa 'setiap objek yang berbentuk terung itu mestilah berwarna ungu'. Ia adalah konsep pemahaman yang ditafsirkan sendiri.
Tujuan.
Blog Bahasa Merdeka ini diwujudkan untuk memberi pendedahan dalam perkataan-perkataan yang terdapat pada bahasa-bahasa dari segenap lapisan dunia.
Sebagai contoh, perkataan 'dollar' yang digunakan dalam sistem matawang US mempunyai sejarahnya sendiri seperti bagaimana istilah tersebut wujud. Dan contoh lain pula seperti bagaimana perkataan 'a la carte' wujud dalam bidang masakan atau kulinari (culinary).

Penutup.
Semoga dengan blog ini kita dapat mengenal dengan lebih dekat pada perkataan, istilah, dan bahasa yang telah digunakan di muka bumi ini.
*Nota: introduzione adalah perkataan Itali yang bermaksud introduction, atau pengenalan. Bunyinya adalah seperti in-tro-dyu-zohn.
No comments:
Post a Comment